Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Tasek Apong untuk melihat Surau Al-Hidayah sekolah ini yang dicalonkan sebagai Surau 'Imarah Kategori dalam bangunan.
Pihak JPN dihadiri Ust Ahmadi Putra manakala PPD Kuala Muda / Yan pula diwakili Ust Azizan Bin Ibrahim (Pen. PPD Pendidikan Islam) dan Ust. Noorismail Hj Omar (Penyelia Pendidikan Islam). Kehadiran pegawai tersebut adalah untuk membantu dan melihat sedikit sebanyak kekurangan sebelum pihak Kementerian Pendidikan Malaysia hadir untuk membuat pemantauan seterusnya menilai bagi peringkat Kebangsaan.
Guru Besar SK Tasek Apong iaitu Pn. Hjh Imson Binti Hj Long memberi komitmen yang jitu dan komited untuk memastikan sekolah ini menang dalam pertandingan ini. Semoga kehadiran pegawai-pegawai dari sektor pendidikan islam, JPN Kedah akan memberi semangat kepada pihak sekolah khususnya semua warga SK Tasek Apong untuk menjayakan program ini dengan sempurna.
![]() |
Taklimat daripada Ust Ahmadi Putra |
![]() |
Lawatan sekitar sekolah oleh Ust Azizan Ibrahim, PPD KMY |
![]() |
Bergambar bersama JPN, PPD, Guru Besar, GPI dan PIBG Sekolah |
No comments:
Post a Comment