ASSALLAMMUALAIKUM

AKTIVITI SURAU AL-HIDAYAH SEPANJANG BULAN INI...* LAWATAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPD KMY..*...*LAWATAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM PADA 26 OGOS 2014..*..*LAWATAN KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM TUAN HJ MOHAMAD ZAKI HUSIN PADA 27 OGOS 2014..*..*BACAAN YAASIN PERDANA MURID TAHUN 6 BERSAMA WARIS, PADA PUKUL 3 PETANG BERTEMPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK APONG..**

Monday, September 1, 2014

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KEPADA JK PENILAI SURAU IMARAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Warga Sekolah Kebangsaan Tasek Apong mengalu-alukan kedatangan JK Penilai Surau Imarah Peringkat Kebangsaan. Ahlan Wahsahlan kepada Yang Berusaha Tn. Hj Khairun bin Zainol Abidin, Ustaz Abd Rahman Bin Che Soh daripada Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Islam. Yang dihormati Tuan Hj Ismail Bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam dan Tn. HJ Ahmadi Putra Zainal Abidin dari SPI Kedah serta Pegawai Unit Pendidikan Islam PPD Kuala Muda Yan.

SELAMAT DATANG KE SK TASEK APONG.

JAWATANKUASA IMARAH SURAU AL-HIDAYAH SK TASEK APONG

JK SURAU AL-HIDAYAH


BERSAMA PEGAWAI UPI PPD KMY

PERSIAPAN AKHIR SURAU AL-HIDAYAH SK TASEK APONG

2 September 2014 : Persiapan akhir warga SK Tasek Apong

Persiapan akhir sedang giat dilakukan bagi menyambut kedatangan warga BPI, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membuat penilaian Surau Imarah.

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH.

SEMOGA BERJAYA

PN. HJH IMSON BINTI HJ LONG





LAWATAN KETUA SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPN KEDAH

1 September 2014 : Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Pagi ini Surau Al-Hidayah sekali lagi dikunjungi Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah iaitu Tn Hj Mohamad Zaki Bin Husin yang hadir untuk melihat persiapan terakhir sekolah ini. Kehadiran Tuan Ketua Sektor sesungguhnya memberi semangat kepada warga sekolah.

Kunjungan Tuan Ketua Sektor banyak memberi pandangan dan tunjuk ajar. Segala info dan saranan yang diutarakan Ketua Sektor dijadikan panduan dan tunjuk ajar.
Semoga penilaian yang akan dibuat oleh pihak Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memberi keputusan yang baik dan seterusnya menobatkan Surau Al-Hidayah SK Tasek Apong berjaya dalam pertandingan ini.


Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Islam,JPN Kedah

Sunday, August 31, 2014

LAWATAN MENGEJUT PEGAWAI SPI KEDAH

31 Ogos 2014 :

Ust Ahmadi bergambar dihadapan Surau Al-Hidayah


Ust Ahmadi Putra dari Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah telah mengadakan lawatan mengejut ke Surau Al-Hidayah SK Tasek Apong untuk melihat persiapan akhir sekolah ini.

Alhamdulillah kedatangan beliau melihat sekolah ini telah bersedia untuk dinilai pihak KPM. Semoga SK Tasek Apong beroleh kejayaan. Ust Ahmadi juga merakamkan jutaan terima kasih kepada guru besar, semua penolong kanan, guru pendidikan islam dan Jqaf serta semua guru yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Tidak dilupakan kepada Semua Pegawai UPI PPD KMY yang banyak memberi sokongan dan bantuan. Terima kasih semua.

PESANAN IMAM AL-GHAZALI






Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam al-Ghazali bertanya.
1 – Pertama, “Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Kerana mati itu janji Allah SWT. Janji Allah Ta’ala bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Surah Ali Imran: 185)
2 – Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “masa lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam
3 – Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam al-Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”.
Nafsu yang menguasai diri menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala untuk hidup berlandaskan kebenaran.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’araaf: 179)
4 – Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam al-Ghazali, tapi yang paling berat adalah “memegang amanah.”
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” ( Surah Al-Ahzaab: 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya sanggup terima permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak mampu memegang amanahnya.
5 – Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”.
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Ramai dalam kalangan kita, kerana kerja, kerana urusan dunia, kerana hiburan, kita tinggalkan solat. Sedangkan tuntutan solat itu yang lebih utama.
6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana, dengan lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
والله أعلمُ بالـصـواب

Friday, August 29, 2014

TAZKIRAH PAGI

Oleh Syeikh Saleh Fauzan Al-Fauzan
(Nukilan daripada Kitab Al-Tahkikat Al-Mardiyyah Fi Al-Mabaahith Al-Fardiyyah)
Terjemahan Ustaz Idris bin Sulaiman

Definasi Orang yang Hilang

Dalam Bahasa Arab dikatakan ‘mafqud’ (مفقود) yang membawa maksud sesuatu yang dicari tetapi tidak dijumpai (قاموس المحيط 1/323). Apa yang dimaksudkan di sini adalah orang yang terputus khabarnya dan tidak diketahui keadaannya sama ada dia masih hidup atau tidak. Sama ada kerana suatu perjalanan yang ditempuhnya, peperangan yang disertainya, kapalnya yang tenggelam, ditawan oleh musuh atau selainnya.

Pandangan Para Ulama Tentang Tempoh yang Perlu Ditunggu Oleh Waris

Ketika mana seseorang itu hilang sering timbul persoalan sama ada dia masih lagi hidup atau tidak. Persoalan ini penting memandangkan dalam kedua-dua keadaan ada implikasinya yang tersendiri. Implikasi daripada sudut hukum-hakam isteri atau suaminya serta warisnya. Mengenangkan adanya kebarangkalian dia masih lagi hidup sepertimana terdapat kemungkinan dia sudah mati, keadaan ini menuntut supaya ditetapkan suatu tempoh masa agar keadaannya dapat dipastikan. Dengan erti kata lain, sesudah tempoh masa itu berlalu, dapat disimpulkan bahawa dia sudah mati.
Para ulama secara amnya sepakat dalam menetapkan tempoh masa ini tetapi mereka berselisih tentang berapa lama tempoh masa ini kepada dua pendapat:

Pendapat Pertama

Penetapan tempoh itu kembali kepada ijtihad dan pendapat pemerintah. Ini kerana, orang yang hilang itu asalnya masih hidup dan hukum asal ini tidak boleh diubah kecuali dengan suatu yang yakin dan pasti atau yang sehukum dengannya.

Inilah adalah pendapat majoriti para ulama, pendapat yang sahih daripada Mazhab Syafie (نهاية المحتاج 6/28), pendapat yang masyhur daripada Imam Malik (الشرح الكبير للدردير بحاشية الدسوقي 4/34), Abu Hanifah (حاشية ابن عابدين 3/331) dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Mengikut pendapat ini, sama ada terdapat kebarangkalian yang kuat orang yang hilang itu masih hidup atau sudah mati, dan sama ada dia hilang sebelum umurnya mencapai 90 tahun atau sesudahnya; waris tetap perlu menunggu sehingga terdapat bukti bahawa dia sudah mati atau setelah berlalu tempoh masa yang dapat memberi satu sangkaan yang kuatbahawa dia tidak mungkin hidup lebih lama daripada itu.

Walaubagaimana pun, ulama yang mendukung pendapat ini berselisih kepada dua pendapat tentang sama ada perlu ditetapkan tempoh masa yang tertentu bagi memperoleh sangkaan yang kuat itu atau tidak.

Pertama:  Ulama yang menyatakan bahawa tidak ada tempoh masa yang tertentu. Sebaliknya ia kembali kepada ijtihad dan pendapat pemerintah.

Inilah pendapat yang sahih dalam Mazhab Syafie (نهاية المحتاج 6/28) dan zahir Mazhab Hanafi (حاشية ابن 
عابدين 3/331) serta salah satu riwayat daripada Imam Ahmad (الإنصاف 7/335). Ini kerana apa jua penetapan suatu tempoh yang tertentu itu tidak ada dalilnya dalam Syarak.


Kedua: Mereka yang menetapkan suatu tempoh masa yang tertentu. Mereka berselisih kepada beberapa pendapat.

Dalam Mazhab Maliki (الشرح الكبير للدردير بحاشيته 4/334) dikatakan 70 tahun dan ada yang mengatakan 75 tahun atau 80 tahun untuk tempoh menunggu itu. Mazhab Hanafi pula  (حاشية ابن عابدين 3/331), ada perselisihan sama ada 60 tahun,  70 tahun, 90 tahun, 100 tahun atau 120 tahun. Kesemuanya tidak ada sandaran kecuali pendapat yang mengatakan 70 tahun. Ia disandarkan kepada sabda Nabi sallalahu alaihi wasallam, “Umur umatku antara enam puluh dan tujuh puluh tahun” (Hadis Hasan. RiwayatTimizi dan Ibnu Majah. Misykaat Al-Masaabih oleh Imam Albani). 

Pendapat Kedua

Iaitu pendapat Mazhab Imam Ahmad (الإنصاف 7/335) dan sebahagian  para ulama fikah. Mereka menyatakan bahawa keadaan orang yang hilang itu tidak lari daripada dua keadaan:

Pertama: Kebarangkalian kuatnya dia sudah mati. Seperti orang yang hilang dalam suatu kemalangan, peperangan atau kapal atau perahunya tenggelam di mana sebahagian terselamat dan sebahagian yang lain tidak. Begitu juga sekiranya orang itu keluar pergi solat di masjid lalu tidak kembali dan tidak diketahui keadaannya.

Dalam keadaan ini, warisnya perlu menunggu selama empat tahun daripada tarikh kehilangannya. Ini kerana, tempoh ini menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang bermusafir serta para pedagang berulang alik. Sesudah tempoh ini berlalu, ia akan dapat memberi suatu sangkaan yang kuat bahawa dia sudah mati. Jika tidak, masakan tidak diketahui keadaannya sepanjang tempoh masa tersebut.

Kedua: Kebarangkalian kuatnya dia masih hidup. Seperti orang yang pergi berdagang, merantau atau bermusafir menuntut ilmu lalu tidak diketahui keadaannya. Dalam keadaan ini, waris perlu menunggu sehingga orang yang hilang itu mencapai umur 90 tahun. Ini memandangkan bahawa kebiasaannya orang tidak akan hidup lebih lama daripada itu.

Pendapat yang Kuat

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa pendapat pertama yang menyatakan bahawa keadaan orang yang hilang itu ditentukan oleh pemerintah adalah lebih kuat. Ini berdasarkan kepada:

Pertama: Orang yang hilang itu asalnya masih hidup dan hukum asal ini tidak boleh diubah kecuali dengan suatu yang yakin atau pasti, dan hal ini berbeza mengikut situasi dan keadaan.

Kedua: Apa jua penetapan suatu tempoh yang tertentu tidak ada dalilnya dalam Syarak (الفوائد الجليلة لابن باز ص 50).

Ketiga: Sebagaimana penetapan tempoh itu tidak ada nasnya, ia juga menyalahi logik akal. Ini kerana sekiranya orang yang hilang itu berumur 89 tahun, mengikut sebahagian pendapat waris perlu menunggu setahun sahaja (sehingga genap 90 tahun sebagaimana yang dituntut oleh pendapat itu) lalu setelah itu dia akan dianggap telah mati. Pendapat ini jelas salah kerana terdapat keadaan di mana tempoh setahun tidak memadai untuk mencari seseorang yang hilang (pada zaman dahulu secara khasnya - penterjemah).

Maka kita mengatakan apa jua penetapan tempoh masa dalam masalah ini kembali kepada ijtihad pemerintah dan pendapat golongan yang pakar. Ia berbeza mengikut keadaan, tempat dan individu.
Jika diamati, pendapat ini paling tepat memandangkan ia menepati keadaan zaman sekarang  di mana kini sudah terdapat berbagai peralatan bantuan, komunikasi serta pengangkutan canggih yang tidak ada pada zaman dahulu. Dunia pada hari ini kini boleh dicapai dengan mudah. Seseorang yang hilang boleh dicari dalam tempoh masa yang singkat tidak seperti dahulu. Oleh itu, ijtihad perlu selari dengan peredaran zaman.

Wallahu a’lam.

BACAAN YAASIN PERDANA TAHUN 6

28 Ogos 2014 : Majlis Bacaan Yaasin Perdana Murid Tahun 6 bersama waris Tahun 2014

Sekolah Kebangsaan Tasek Apong telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin Tahun 6 yang turut disertai waris dan guru. Bacaan yaasin ini diadakan sebagai persediaan murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada bulan september ini. Majlis ini diadakan di Dewan Persada Gemilang sekolah ini.

Majlis bacaan yaasin ini bermula jam 3.00 petang didahului dengan pendaftaran waris dan murid. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Hajjah Imson Bt Hj Long yang mengalu-alukan kedatangan waris dan murid tahun 6. Bacaan yaasin ini diketuai oleh Ustaz Ismail Bin Jusoh. selepas bacaan yaasin murid solat asar berjemaah dan majlis bersalam-salaman diadakan. Majlis bersurai jam 5 petang.

Pendaftaran Waris dan Murid

Murid tahun 6

Ibu bapa yang hadir




Majlis bersalaman



Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

27 Ogos 2014 : Lawatan Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

Pada tengahari ini, Ketua Sektor Pendidikan Islam telah membuat kunjungan mengejut ke SK Tasek Apong untuk melihat persiapan akhir SK Tasek Apong yang mewakili negeri Kedah dalam kategori Surau Imarah dalam bangunan.

Kunjungan Tuan Ketua Sektor banyak memberi semangat dan input-input yang baru. Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah iaitu Tuan Haji Muhamad Zaki Husin merupakan pengasas program pengimarahan Surau Peringkat Kebangsaan. Sayugia itu, Tuan Ketua Sektor amat mementingkan program ini.

Semoga dengan kehadiran Tuan KS kita akan memberi semangat kepada semua guru untuk menjayakan program ini.

Sunday, August 24, 2014

Lawatan Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah

24 Ogos 2014 (Ahad)

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Tasek Apong untuk melihat Surau Al-Hidayah sekolah ini yang dicalonkan sebagai Surau 'Imarah Kategori dalam bangunan.

Pihak JPN dihadiri Ust Ahmadi Putra manakala PPD Kuala Muda / Yan pula diwakili Ust Azizan Bin Ibrahim (Pen. PPD Pendidikan Islam) dan Ust. Noorismail Hj Omar (Penyelia Pendidikan Islam). Kehadiran pegawai tersebut adalah untuk membantu dan melihat sedikit sebanyak kekurangan sebelum pihak Kementerian Pendidikan Malaysia hadir untuk membuat pemantauan seterusnya menilai bagi peringkat Kebangsaan.

Guru Besar SK Tasek Apong iaitu Pn. Hjh Imson Binti Hj Long memberi komitmen yang jitu dan komited untuk memastikan sekolah ini menang dalam pertandingan ini. Semoga kehadiran pegawai-pegawai dari sektor pendidikan islam, JPN Kedah akan memberi semangat kepada pihak sekolah khususnya semua warga SK Tasek Apong untuk menjayakan program ini dengan sempurna.

Taklimat daripada Ust Ahmadi Putra


Lawatan sekitar sekolah oleh Ust Azizan Ibrahim, PPD KMY




Bergambar bersama JPN, PPD, Guru Besar, GPI dan PIBG Sekolah